10 Oktober 2016 - 18:19
Tentera Turki Tidak Dibenarkan Terlibat Di Dalam Operasi Membebaskan Mosul: PM Iraq.

Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi menuntut pengunduran tentera Turki dari wilayah Iraq sambil mengatakan bahawa beliau tidak merestui penyertaan negara tersebut di dalam operasi membebaskan Mosul daripada tangan pengganas.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi menuntut pengunduran tentera Turki dari wilayah Iraq sambil mengatakan bahawa beliau tidak merestui penyertaan negara tersebut di dalam operasi membebaskan Mosul daripada tangan pengganas.

Bercakap kepada para pemberita di dalam sebuah sidang akhbar yang berlangsung di makam suci Karbala pada Ahad semalam, Abadi mengecam kehadiran tentera asing di bumi Iraq dan menyamakannya sebagai pencabulan ke atas kedaulatan negara tersebut. Beliau juga menegaskan bahawa tindakan Turki yang menempatkan tenteranya di Iraq akan mengeruhkan hubungan di antara Baghdad dan Ankara.

Beliau juga melahirkan rasa terkejutnya di atas kedegilan Turki yang ingin mengekalkan tentera mereka di bumi Iraq.

Abadi membalas kenyataan rakan sejawatnya dari Turki, Binali Yildirim yang menegaskan bahawa Turki akan terus mengekalkan tenteranya di Iraq walau apapun yang Baghdad katakan.

Perdana menteri Iraq itu kemudiannya menambah bahawa beliau tidak akan mengizinkan tentera Turki untuk mengambil bahagian di dalam operasi membebaskan Mosul pada masa hadapan. Mosul adalah bandar kedua terbesar Iraq yang kini menjadi kubu terkuat ISIS di negara tersebut.

Abadi juga berkata bahawa para pemimpin Turki harus berhenti berfikir yang tentera mereka kini sedang 'berkelah' di negara Iraq.

Pada Jumaat lepas, Setiausaha Agung Liga Arab, Ahmed Aboul Gheit menyatakan bahawa pertubuhan yang terdiri daripada 22 buah negara itu telah menolak
kehadiran dan campur tangan tentera Turki di Iraq.

Sebelum ini, kementerian luar Iraq telah memanggil majlis keselamatan PBB untuk bersidang di dalam mengatasi masalah tersebut.

Kementerian tersebut juga telah memanggil duta Turki ke negara itu berikutan tindakan Turki memperpanjangkan kehadiran tentera mereka di Iraq,